♥ Tuesday, December 7, 2010
SIAPA KATA LELAKI TIDAK PANDAI BERGOSIP !
sejak zaman berzaman tersebutla kisah , takhta juara bercakap pastinya milik sang ratu . sang raja lebih banyak berdiam kerana kononnya berdiam itu menambah bernas isi . sesekali sang raja melontarkan buah bicara , pasti terpana dan terpegun seluruh isi buana .
konon yang mengalir daripada seulas bibir sang ratu hanyalah bicara-bicara biasa . selalunya omelan sang ratulebih menyakitkan telinga serta mendegungkan kepala kerana sang ratu lebih banyak menceceh daripada bicara isi .
apa benar keturunan sang ratu sahaja yang sering bertempik sehingga terlupa dapur yang belum berasap tatkala bermesyuarat tingkap ? apabila bertemu dan bergebang , lelaki juga sebenarnya seronok membuka meja gosip . apakah agaknya yang menarik jika mereka berbicara sesama sendiri ? sang raden mahu menelusuri jiwa kaum adam ini . ayuh kita kayuh bersama . .
HATI-HATI APABILA BERCAKAP ,
BIBIR ANDA DIPERHATI ..
awas apabila sang ratu bersembang di hadapan sekumpulan kaum adam . berhati-hati jikalau anda mahu tersenyum , tertawa , tersengih apatah lagi ketawa terbahak-bahak . tahukah anda , cara anda tersenyum , tertawa , tersengih boleh membuat lelaki makal mentafsirkan peribadi anda . gerak bibir sama ada terherot , terjuh ataupun mencebik , hehe . semuanya memberi seribu makna . sama ada anda kaki gosip , kuat mengumpat , kuat menikam orang dari belakang semuanya boleh terserlah melalui bibir anda !
lebih ganas lagi sekiranya sang raja bersama-sama teman sekufu menilik lenggan sang ratu . manalah tahu entah-entah berapa penggan sang ratu makan , apa jenis lauknya , berapa banyak kalori sang ratu ambil diintai oleh sang raja . Wah , tentu semua ini boleh menjadi bahan gosip dan umpat sang raja .
DEBAT BERDESUT-DESUT
percayalah , mulut orang lelaki juga sebenarnya tidak bolah dipandang rendah . jangan fikir isu gosip , isu mengumpat dan isu mengat ini hak mutlak orang perempuan . orang lelaki sesekali bersembang mampu menjadikan sembang di kedai kopi atau kafe yang menyajikan minuman coklat kocak menjadi debat dunia ! cukup bijak sekali meraka membuka mulu , keupayaan bercakap umpama jet supersonik ! haha . berdesup-desup macam halilintar . jadi , kepada meraka yang sering menganggap perampuan sahaja yang pandai bergosip , cik bedah sahaja suka jaga tepi kain orang , harap dapat ubah tanggapan itu . harap-harapnya , janganlah lelaki 'tergangu' kromosom ini terlebih-lebih , sudalah !
to all . arp dapt pahami la ap yg telah sy post kly ny . huhu
Blogged @ 8:12 AM